Diceritakan lagi dari syaikh Ikbrahim A-khawwas rahimahullah, bahawanya dia berkata:
Pada suatu ketika, rasa hati ku tergetar untuk pergi ke kota rom, seolah olah ada orang yang memanggil manggil nama ku supaya aku berangkat segera kesana. Kemudian aku terfikir ,buat aku kesana. Rom itu adalah tempat kediaman orang orang nasrani yang sangat membenci orang orang islam. Namun begitu hati ku tetap kesitu seperti ada besi berani yang menariknya , maka aku bersiap siap akan berangkat menuja ke kota Rom itu.
Setelah berjaalan beberapa hari, tibalah aku di kota Rom itu. Aku lihat banggunan banggunan nya tinggi tinggi dan teratur. Aku pun lihat rumah rumah orang nasrani itu, dan memerhatikan kawasan kawasan mereka. Dan sukurlah pertolonggan Allah sentiasa menyertai diri ku, dan inayah Nya selalu mengiringi aku. Tidak ada suatu kesusahan pun yang menghalangi perjalanan ku itu. Setiap kali aku bertemu orang orang nasrani itu, mereka memalingkan pandangan nya daripada ku dan terus menjauh kan diri, hingga akhirnya sampailah aku dimuka sebuah gedung yang besar lagi indah pula.
Aku berhenti dan memerhatikan gedung itu, dan kelihatan disitu ada beberapa orang sedang berkumpul, masing masing lengkap dengan senjata nya, dan sitangan mereka pula ada alat alat penahan diri dari serangan orang. Apabila mereka melihat aku dating , mereka lalu mendekati ku seraya bertanya :
‘Apa kah engkau ini seorang tabib ?’
‘Benar saya adalah seorang tabib,’ aku menjawab dengan tersenyum..
‘kalau begitu bawa dia mengadap paduka Raja /’ jelas yang lain.
‘Buat apa pula saya dibawa mengadap Raja ?’ Tanya ku hairan.
‘Raja perlu kepada tabib seperti engkau ini!’ kata mereka.
Aku pun dibawa mereka untuk menggadap paduka Raja. Aku masih binggung mengapa RAJA Rom mahu mengungdang semua tabib tabit dating keistananya. Ini tentu ada pekara yang penting.
Apabila aku sampai di baai mengadap, aku ditahan oleh pengawalnya.
‘Siapa orang ini ?’ Tanya pengawal kepada orang yang membawa ku. ‘Dia seorang tabib,’ jawab orang tadi. Sudahkah dia tahu syarat dia dibenarkan masuk kesini,’ tanyapengawal itu lagi. ‘Belum,’ jawab orang tadi. Pengawal itu lalu memberitahu ku, bahawasanya Rja mempunyai seorang puteri yang terganggu fikiranya. Sudah banyak tabib yang dibawa ke sini untuk mengubatinya, namun kesemuanya tidak berjaya, maka mereka semua telah dihukum mati. Kemudian pengawal itu bertanya kepada ku pula :
‘Sekarang engkau sudah tahu syatrat Raja itu, apakah engkau sanggup mengubati puteri itu ?’ Pengawal itu meminta penjelasan daripada ku supaya aku tiada terkeliru.
‘Laa Haula Walaa Quwata Illa Billaah,’ ucap aku dalam hati. Kemudian aku mengatakan kepada pengawal itu : Apa bolih buat sekarang. Kamu orang telah membawa ku kemari, maka biarlah aku lihat puteri Raja itu. Mana tahu aku dapat mengubatinya,’
‘Mari ikut aku masuk ! perintah pengawal itu. Aku pun mengikutinya sedang jantung ku berdebar debar. Apa hal jika tidak dapat mengubati puteri itu ? kata ku dalam hati. Tidak berapa lama , sampailah aku di istana khusus untuk puteri itu. Aku pun mendengar ada suatu suara memanggil manggil , suara wanita, barang kali suara puteri Raja itu. ‘ Bawa kemari segera tuan tabib itu ! Antara ku dengan dia ada suatu rahsia yang luar biasa,’ kata puteri itu. Pengawal yang membawa ku kedalam istana itu memerhati wajah ku, dan aku juga mermehati wajah nya, masing masing bertanya dengan isyarat pandangan apakah rahsia itu ? .ketika aku tiba dipintu bilik puteri itu , tiba tiba pintu nya dibuka oleh seorang tua yang usianya sudah lanjut. Orang itu berkata : Silakan masuk !’
A ku pun memasuki bilik puteri itu, dan aku mendapatinya terisi dengan berbagai bagai perhiasan yang indah indah, permaidaninya sungguh halus dan berwarna warni, kain kain tabirnya jarang jarang menampakkan lembaga siapa yang didalamnya. Dan dari balik tabir itu terdengar suara keluhan yang terputus putus dari jisim manusia yang kurus kering lagi lemah, ternyata dia sedang menabggung penderitaan batin.
Ketika aku melihat manusai itu,aku ragu ragu samaada aku harus memberi salam kepadanya, atau tidak, kerana aku masih ingat pesanan Nabi s.a.w. supaya jangan memberi salam kepada orang orang Yahudi atau Nasrani, maka larangan itu aku menahan salam ku. Aku terus pergi ketempat duduk yang ditunjuk oleh pengawal itu, lalu aku pun duduk.
‘Dimana salam tauhid dan iklas, wahai Ibrahim ?!’ tetiba aku terdengar pertanyaan itu dari balik tabir tadi. Rupanya puteri Raja itu ini tahu adapt kebiasaan orang Islam. Apakah dia seorang islam ? Atau pun dia cuba memerangkap ku? Kemudian bagaimana pula dia tahu nama ku Ibrahim. Aku tidak memberitahu nama ku kepada sesiapa pun. Ajaib pula rasanya!
‘Dimana salam mu , hai Ibrahim ?! puteri itu bertanya lagi. ‘Assalamu alaiki,’ kata ku kepadanya. ‘Hai Ibrahim ! Aku sudah memohon Allah supaya mengutuskan kepada ku salah seorang dari para wali Nya agar dalam tangan nya akau akan terselamat ,’ ujar puteri itu. Aku masih terus mendiam diri mendengar kata katanya dengan penuh hairan. Kata kata serupa ini sepatutnya diucapkan oleh seorang islam.kemudian dia menyambung lagi::
‘Sudah lama aku menunggu , baru semalam aku mendengar suatu seruan mengatakan bahawea Ibrahim Al-Khawwas akan hadir,’jelas puteri itu lagi.
‘Bilakah terlintas dalam hati mu pekara ini ? Tanya ku kepadanya secara isyarat.
Kini aku sudah tahu bahawa puteri ini telah berada di dalam Islam.
‘Sejak empat tahun yang lalu,’ jawabnya. ‘A[abila cahaya kebenaran itu mendampingi hati seseorang hamba menjadilah ia sebagai pembimbingnya penimbul kemesraannya dan perindu dendamnya.’
‘Betul kata mu itu. Perasaan serupa ini bukan semua orang dapat merasakannya,’ kata ku kepadanya. Mukanya bercerah mendengar komenter ku itu.
‘Tapi mengapa mereka kekelian menuduh ku gila ? puteri it uterus menangis mengadukan hal nya kepada ku.
‘Orang tak tahu senang menuduh,’ aku menenangkan perasaannya. ‘Bukan satu tabib yang dibawa kepada ku. Bahkan semuanya melemparkan tuduhan yang sama,’ puteri Raja itu mengadukan hal nya kepada ku. Dia kini kelihatan lebih tenang apabila sudah berbicara kepada ku. Suaranya pun sudah mula nyaring.
‘Macam mana engkau sampai kepada petunjuk ini ?tanya ku kepadanya. ‘Bukti bukti Tuhan yang jelas. Bukankah bila tersingkap bukti kekuasaan Nya, terbuka jalan kepada Nya ?’ Benar ! itu memang benar ! aku berkata kepadanya sambil tersenyum. Aku berkata dalam hati ku, puteri ini bukan sahaja sudah dapat petunjuk, malah sudah sampai keperingkat cinta yang tinggi pula. Sedang aku asik bercakap cakap dengan puteri itu dalam beberapa hal yang lain, maka dating lah orang tua tadi lalu bertanya kepada puteri itu :
Bagaimana keadaan tuan puteri kini ? !’ Baik,’ jawabnya dengan sederhana dan tenteram. ‘ Dapat tabib ini mengubati mu ?’ ‘Aku senang dengan tabib ini. Dia tahu penyakit ku ini dan kini dia sedang memberi ku penawar,’ jawab puteri itu. ‘Benar puan ku ?’ Tanya orang tua itu lagi dengan perasaan gembira. ‘Benar jawab puteri itu. Orang tua itu segera berlari mendapatkan Raja dan memberitahunya apa yang dikatakan oleh puterinya tadi. Raja merasa gembira dan dating menemui aku serta mengalu alukan ku.
Aku diberikan sebuah rumahdidekat istana itu, dan setiap hari aku datang menemui puteri itu sambil berbicara dalam berbagai bagai lapangan hingga cukup tujuh hari lamanya. Kemudian puteri itu membisikkan sesuatu, katanya :
Aku sudah bosan duduk disini. Aku mahu lari dari sini,’ ujar puteri itu dengan menampakkan wajah yang kurang senang. ‘Kemana ?’ Tanya ku kepadanya. ‘Ke negeri Islam.’ Bagaimana ? Bukankah istana ini dikelilingi oleh pengawal pengawal dengan rapi, dan askar askarnya pun penuh menunggu di luar. Kau hendak lari bagaimana ?’ aku merasa risau mendengar usul puteri itu.
‘Apa yang kau susahkan. Yang memasukkan kau dalam istana ini akan mengeluarkan ku dan kau daripadanya,’ jawab puteri itu. Aku terpukau mendengar bicara puteri itu, dan kagum dari hal kuat tawakalnya. Memang aku tidak dapat menolak usulnya. ‘Memang benar kata mu itu, kerana Allah berkuasa atas setiap sesuatu, dan siapa yang bertawakal kepadan Allah niscaya Dia akan menolongnya,’ aku memberikan sokongan kepada usul puteri itu. Kami berdoa mudah mudahan Allah akan menyelamatkan kami.
Pada hari besoknya , kami keluar melalui pintu belakang istana itu yang menuju kesebuah taman. Bilangan pengawal yang berada disitu tidak begitu banyak. Mereka melihat kami seperti tidak melihat. Tidak sepatah kata pun mereka menanyai kami atau menghalangi kami. Semua itu ialah dengan berkat kuat keazaman puteri itu untuk meniggalkan negeri ayahnya yang sesat dan pergi kenegeri Islam. Kami berjalan bersama sama menuju ke Makkah, kerana puteri itu sangat ingin untuk melihat Baitullah.
Tiba di Makkah , aku lihat dia terus berpuasa pada siang hari, dan bangun beribadat pada malamnya, hatinya senang sekali ketika berada disamping Ka’bah itu. Dia tinggal disitu selama tujuh hari tujuh malam saja, lalu dia menemui ajalnya, sedang dia dalam sebaik baik amal, dan berada disebaik baik tempat. Disanalah dia dikuburkan sebagai seorang wanita wali Allah yang termulia.
Moga moga Allah merahmati rohnya dan menempatkanya di syurga yang tinggi… Amin………….
0 komentar:
Posting Komentar